Tragedi Janji Ditepati #1 [by Rizal Gunx]
Tragedi Janji Ditepati #2 [by Hadi Alien]
Tragedi Janji Ditepati #3 [by Sharul Starbuck]
Tragedi Janji Ditepati #4 [by Zalila Comel]
......pun terus menyetat moto
yang digunakan untuk menjalankan perniagaan Aiskrem Janji Ditepatinya itu,
Ducati 1198 keluaran tahun 2009 berwarna putih yang telah diubah suai sedikit... beredar dari
Kedai Kopi Pak Sharul yang katanya tengah apply untuk bukak Starbuck dihujung
Kampung Janji Ditepati.... transformasi perniagaan katanya...
Hebat bukan menjaja aiskrem
menggunakan Ducati 1198??? Ya.. memang hebat, Apiz sanggup bergolok bergadai membeli moto
tersebut secara cash kerana sangat minat dengan Tom Cruise yang menggunakan
moto jenis Ducati dalam MI:2 walaupun modelnya tak sama... lagipun ramai orang
kata rupa Apiz macam Tom Cruise bersuara Anuar Zain... ntah la... tu semua kata
orang Kampung Janji Ditepati... Apiz hanya layan jer...
............................................................
"Apiz... walau apa pun
terjadi, kau kene simpan rahsia ini sampai cita-cita kau tercapai.... aku akan
support kau wahai sahabatku..." itulah kata-kata keramat yang seakan-akan
berbisik di telinga Apiz sepanjang perjalanan merentasi kampung ke
"port" penenang hati beliau... bukan Zalila jer ade "port" untuk
menenangkan perasaan, Apiz pun ada.... semua orang Kampung Janji Ditepati juga ada
"port" masing-masing cuma berasingan koordinat dan latitut...
Apiz buntu...
"Bagaimana ni?? Harun
Ajis... aku tak kan mempersia-siakan pengorbanan kau selama ini... ya tuhan ku
berikan lah aku kekuatan..." rintih Apiz sambil melutut dan mencengkam
tanah macam kebiasaan cerita-cerita melayu...
...........................................................
Mengimbau kisah 3 tahun lepas
atau lebih tepat lagi konspirasi antara Harun Ajis, Apiz, Rizal dan mungkin
tidak di sangka penglibatannya iaitu Hadi sendiri yang merupakan subjek utama
di dalam cerpen ini....
Konspirasi mereka ini boleh
diklasifikasikan setanding dengan konspirasi meletupkan amoi guna C4 dan
terjunan gaya bebas seorang apek dari tingkap bangunan badan pencegahan
maksiat...
Konspirasi berkisar tentang
pengorbanan Harun Ajis keatas sahabat baiknya Apiz demi rasa kecintaan Apiz
pada Zalila yang amat mendalam dengan kerjasama Rizal dan Hadi, adik Zalila
sendiri....
Jeng... jeng... jeng... (efek
macam bunyi filem P Ramlee)
Harun Ajis, tunang Zalila pada
suatu ketika dulu mendapat tahu bahawa sahabat baiknya Apiz begitu menyintai
Zalila dalam diam... Harun Ajis hanya dapat tahu sehari selepas majlis
pertunangan beliau... tu pun melalui igauan Apiz yang menyebut nama Zalila
berulang-ulang kali semasa tidur dan siulan "...lelaki ini yang selalu menyintai... hanya dirimu... yang bertakhta dalam sanubariku... Zalila"
Demi persahabatan mereka dengan
tema "I am for you", Harun Ajis bertekad untuk tidak menghampakan
Apiz.... nak kata kurang cerdik pun yer jugak.... tapi tak apa.... manusia nie
memang unpredictable... tambah-tambah lagi dalam penceritaan drama melayu..
Setelah Harun Ajis membuat
presentation konspirasi bertajuk "1Zalila : Sahabat Didahulukan,
Persahabatan Diutamakan" dengan menggunakan perisian powerpoint tersebut
kepada Apiz, Apiz dengan riak wajahnya yang seakan-akan terpaksa tapi hatinya
melonjak-lonjak dengan perkataan standard... yesss!!!! yess!!!! yesss!!!
bersetuju untuk dipenuhi hasrat hati sahabat baik beliau tu...
Hari berikutnya Apiz membawa 2
orang pemain-pemain konspirasi yang dicadangkan iaitu Rizal dan Hadi untuk
mendengar perancangan konspirasi tersebut... sama seperti modus operandi MLM... mula-mula
ajak minum pastu terus buat table talk ngan business presentation... dan lepas
presentation tu mereka berdua bersetuju without any makan-makan percent
bagai....
Konspirasi dilaksanakan bermula
dengan menyelesaikan masalah utama iaitu Rudeen, anak dara kampung yang hot dan sangat
tergila-gilakan Apiz, katanya suara sedap macam Anuar Zain dimana Harun Ajis
akan bermain mata dengan Rudeen dan seterusnya menjadi skandal sekaligus
menyebabkan chain reaction untuk memperoleh outcome ke dua... perasaan jeles di
hati Zalila dan membuatkan Zalila benci sangat dengan Harun Salim Bachik
Ajis...
Task Rizal dalam konspirasi
tersebut hanya ada 2 sahaja.... pertama, buatkan layang-layang yang menjadi
prop untuk lakonan perbuatan sumbang Harun Ajis ditengah-tengah sawah bersama
Rudeen dan kedua menjadi follower tegar kepada Hadi sehingga tamat
konspirasi....
Task Hadi pula agak penting dan
besar juga.... menjadi penggila kepada Rudeen supaya fokus Rudeen tidak hanya
pada Apiz... dan buah mulut penduduk kampung hanya akan memperkatakan perihal
Hadi - Rudeen, lebih tepat lagi sebagai diversion kepada konspirasi utama...
Task Apiz teramatlah besar kerana
terpaksa bermain dengan perasaan.... perlu sentiasa mencari pasal dengan Zalila
agar Zalila amat membencinya... motif??? kata orang-orang tua, kesukaaan kepada
seseorang itu biarlah berpada, dikhuatiri akan menjadi kebencian kelak bagi
dirimu dan jangan membenci seseorang tu keterlaluan, nanti akan menjadi
kecintaan kepadamu... so Apiz cuba aplikasikan falsafah kedua itu...
mudah-mudahan berhasil...
Mengikut perancangan teliti
konspirasi tersebut, ia sepatutnya memakan masa lebih kurang 5 tahun... lagi
cepat lagi bagus... bergantung kepada berapa cepat kebencian Zalila kepada Apiz
bertukar kepada kecintaan... tapi jika dilihat kepada keliatan hati dan kegengsteran Zalila,
extention of time diperlukan....
Seperkara yang membuatkan
kemungkinan konspirasi ini gagal adalah dengan perjumpaan sulit Harus Ajis yang
menyamar sebagai semut jadian dengan Apiz yang berpakaian tidak kotor berwarna
kuning ditepi pokok ketapang dalam dusun Pak Akob telah dikesan oleh Rizal dan Hadi.... setahu mereka tiada perjumpaan
lain selama 5 tahun operasi 1Zalila ini berlangsung... adakah terdapat
perubahan perancangan tanpa pengetahuan mereka???? Adakah mereka dikhianati dan diperguna-gunakan???
...........................................................
Setelah Apiz mendapat kekuatan
dalaman diri, beliau kembali ke Kedai Kopi Pak Sharul lalu dengan yakin dan
lantangnya berkata dengan tonasi suara Anuar Zain..... Zalila... jangan percaya
sangat dengan berita arus perdana.... cuba cari berita alternatif....
Zalila terkesima dengan kata-kata
Apiz yang sangat cerdik bunyinya itu....
Lalu Zalila pun.....
#bersambung...