WUT'EVA

WUT'EVA???? kenapa WUT'EVA? sebenarnya WUT'EVA nie hanyalah ejaan berstyle kepada "what ever" a.k.a apa-apa aja... macam gempak jer kan... =p page WUT'EVA nie putra khaskan untuk penghasilan skrip dan jalan-jalan cerita yang putra nak ade dalam drama atau filem-filem tempatan dan putra yakin memang taaaakkkkkk punye lah... so putra buat la scene putra sendiri.... what everrrrr...... enjoy...!!!!
(p/s : putra juga ada berkolaborasi dengan Rizal Gunx a.k.a Penge'teh Tegar dan rakan-rakan didalam penghasilan nukilan-nukilan scene yang pasti tiada dipasaran digelar "Cerpen Indie")
___________________________________________________________________________________

Cerpen Indie #5 - Pengalaman Cemas Saya

Jam dinding yang dibeli kat IKEA menunjukkan pukul 10.00pagi….. alamak dah lambat la plak…. baru selesai sikat rambut sisiran tepi….. tak best… ahhhhh….. tak mau tuka la… buat balik rambut macam selalu… spike a.k.a armani, mana-mana pun boleh… gune tangan jer….
Dengan berbekalkan baju Manchaster United color merah yang dibeli 2 tahun lepas dalam flight milik Tony Fernandes on the way gi melancong ke Bandung dan seluar jean Versace ciplak grade A yang dah agak season ditambah plak kasut sneakers Nike putih, dengan bergayanya aku kuar rumah nak gi bank ade urusan kewangan skit…. ceeehhhh.. urusan kewangan konon.. actually dalam saving account ade balance RM11.15 jer…
Teettt… unlock kereta… drive ke bank yang terletak disebelah SOGO… sesampai jer kat bank orang dah ramai…. takper… relex…. muke macho… dengan relexnye cucuk kad Prime Account terus potong sumer orang…. Fuuuhhhh macam tak adilkan… lantak la aku bayar mahal tau…. hahahahah… dapat kertas putih yang sangat kurang kualitinya menunjukkan… “20.05.2011.. No.anda 9002… no.sekarang 9001”, ok… turn aku lepas nie.. terus duduk kt sofa kulit sambil tengok jam…. pukul 10.32pagi…. baru nak pandang atas…. “sembilannnn, kosonggg, kosonggg, duaaa…. kaunter lima..” ahaahhhh… turn aku…

Tiba-tiba………

“Downnnnn………. downnn….. downnnn…. everybody downnnnn… ”
Semua orang dalam bank tu terkujat dan panik tapi simpan dalam hati jer… semua orang meniarap, termasuk aku… sambil berbangga rakyat Malaysia nie faham bahasa inggeris “down” tu maksudnye meniarap pada situasi dalam bank yang seakan-akan dirompak… dalam hati aku, alamak… rompakan ker nie…. alamakkkk….. mengucap aku berulang-ulang kali sepanjang meniarap tu…. aku dengar diorang jerit sesame diorang… “squad… find the subject…. find the subject…”
Aku dengan agak berani curi-curi pandang dari mana arah suara tu dan aku yakin nie mesti rompakan punye… aku nampak kelibat 5 orang berpakaian lengkap hitam seperti SWAT sambil mengacukan senapang M16 (rasenyerla pasal model tu jer aku kenal….) kearah orang ramai yang sedang meniarap…. aku terus usha-usha curi diorang tu…. aku nampak kat seragam hitam diorang tu ade yang tertulis SWAT, ade POLIS, ade CIA, ade FBI dan ader gak POLISI…. aku kompius….
Tetibe salah sorang dari diorang buat checking kat area aku meniarap…. terus straight je kat aku… aku panik…. mengucap… aku jeling skit tengok kasut hitam tu rupanya berjenama Dr.Martin… terus mamat tu jerit… “Subject detect… subject detect…”
Sepantas kilatnya lebih kurang 10 orang men in black tu mengelilingi aku…. haahhhhh…. nape plak nie… nak tekencing pun ade tapi nasib baik tadi kat rumah aku dah gi toilet…..
Baju Manchester United aku disentap kuat oleh salah sorang MIB tu… “bangun…. bangun…” kate mamat tu…. aku bangun dan tengok name tag mamat tu, name die RIZAL…. “awakkk…. awak… yang kami cari….” jerit Rizal tu…. “ehh…. ape salah saya encik…. saya takde duit encik…. baki saving account saya ade RM11.15 jer… cer check buku saye nie encik… cer check… saya datang nie pun nak buat personal loan la encik…” aku dengan sedaya upayanya memberikan kerjasama yang amat baik sekali…. takut kene tembak…
“Duduk sini… duduk…” herdik MIB Rizal… “Angkat muka awak… dan dengar aper yang kami nak bagitau…”
Aku pun angkat muka aku… aku nampak 5 orang MIB depan aku…. sorang-sorang aku tengok…
1st sekali belah kanan aku, aku bace nama dia ALI... pastu dia cakap “ko memang dahsyat la bro… kelakar…”
2nd aku bace name die RUDY… “luk memang lucu skali… terhibur gue…”
3rd name die MIKE… “you are funny mannn….”
4th name die JOHN… “dude… you are so funny…”
5th name die RIZAL… “awak lah yang kami carik…. awak dikehendaki untuk menyertai program Raja Lawak Antarabangsa…. sila ikut kami… gelanggang pertama Raja Lawak Antarabangsa akan bermula tahun depan… minta tolong beri kerjasama dan bersedia….”
Aku dibawak keluar dari bank dengan diescort oleh lebih kurang 15 orang MIB ke satu tempat yang aku pun tak tau kat mane….
Fuhhhhh…. legaaaa…. ingatkan rompakan tadi…. tapi aku heran, aku tak apply pun masuk Raja Lawak Antarabangsa tu… ade ker??? tak penah dengar pun… mungkin pemilihan wild card kot or special request or recommendation oleh Afdlin Shauki untuk aku mewakili Malaysia dalam program Raja Lawak Antarabangsa tu…. tak kisah lah…
Apa-apa pun tunggu kemunculan aku kat Gelanggang Raja Lawak Antarabangsa tahun depan…=p tu pun kalau Astro siarkan la… kalau tak nanti aku upload dalam laman Tiub Awak….

Selesai….
___________________________________________________________________________________

Cerpen Indie #6 - Malang Tidak Berbau

Satu pagi burang berkicau riang. Unggas2 berterbangan dan berpasang-pasangan. Begitu indah pagi itu terasa seperti ingin membuat lirik lagu. Aku bergerak perlahan menuju perhentian bas membawa beg. Sesambil itu, aku melihat jam tangan. Gelisah menunggu bas yang tidak kunjung tiba. Dalam keadaan fatamorgana, satu objek bergerak dengan laju dan berhenti tepat2 di depan aku. 

Tiba-tiba….

Asap seakan-akan fogging area ader kes denggi berkepul-kepul keluar dari bahagian bawah objek itu…. barangkali dari ekzosnya yang terletak dibahagian bawah…. lantas aku terdengar satu suara yang ala2 Ucop Wilcha… 

“Hahhhhhhh…. kat sini rupernyer saudara….”

Ehhh… aku amat kehairanan…. budiman sungguh bahasa empunya badan….

Beransur-ansur asap fogging tersebut hilang ditiup angin fatamorgana…. dan jelas kelihatan satu objek yang pernah aku lihat dalam filem  Star Trek XII…. sahhhh…. sahhhh… objek tu adelah sebuah teleport jenama Honda…. “ooo… ini rupanya Honda Teleport Type-R berkuasa nuklear yang keluar dalam digital paper semalam…” bisik hatiku…. semuanya berpunca dari gempa bumi yang hampir melumpuhkan ekonomi Jepun suatu masa dahulu….

Disisi teleport tu aku lihat sekujur tubuh sasa yang memakai sut serba hitam siap bertanda nama…. “SAC RIZAL”…..

Hahhhh…. macam penah jer aku tengok name tu…… terus memori aku terpancar ala2 filem Minority Report lakonan Datuk Tom Cruise… sekarang Tom Cruise dan diberi title Datuk oleh kerajaan negeri Perlis ekoran satu shot filem terbaru Tom Cruise bertajuk Majority Report berdurasi 5 saat diladang tebu dekat Cuping, Perlis…. kononnya Tom Cruise menaikkan nama Perlis setelah shot tu berlatarbelakangkan ladang tebu... alahhh… seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Shah Rukh Khan yang menari-nari kat Melaka pastu dapat title Datuk tu….

Ohhhh…. baru aku teringat… SAC Rizal nie la yang tangkap aku kat bank 500 tahun lepas untuk program Raja Lawak Antarabangsa tu….. wahhhh… dah naik pangkat dah die… dulu koperal jer… dapat SAC pasal dapat tangkap aku la tu dulu… 

“Ehhh…. SAC Rizal… lame tak jumpe…. amboiiiii….  lepas jer saya menang aritu pastu anta saye kt kampung nie terus hilang yer…. ape kabar sekarang??? siap naik pangkat lagi….” ramahnya aku memulakan bicara…

“Aku baik jer pis….” jawab ringkas SAC Rizal…

“So ko datang sepantas kilat nie nak jumpe aku ker? Nape?”

“Haahhh…. nie haaaa….” sambil SAC Rizal tunjukkan aku surat jemputan digital dari Datuk Bandar Planet Pluto….

Surat jemputan digital tu tertulis….

“Adalah dengan segala hormatnya, Encik Hafis dijemput untuk hadir ke majlis penganugerahan pingat kebesaran daripada Presiden Planet Pluto, Lord Messer Mahasuasa sempena birthday beliau yang ke-25 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh                   :           25 Mei 2511

Masa                    :           10 matahari

Tempat                 :           Ruang Legar Istana MahaPluto

Kod Pakaian        :           Baju Melayu

Adalah diharapkan Encik Hafis tidak menghampakan kami rakyat jelata planet Pluto…”

“Wehhhhhh….. gunx…. (nama lain yang aku panggil SAC Rizal pasal dah terlalu kamceng…) biar betul nie…. apersal plak die nak bagi aku pingat kebesaran bagai nie… ape plak sumbangan aku kat diorg?”

“Ohhh…. aku ade tanye P.A datuk bandar tu apersal ko diberi pingat kebesaran tu… die cakap Presiden Mahasuasa sangat enjoy persembahan ko masa konsert akhir Raja Lawak Antarabangsa tu… especially part ko mainkan peserta dari Rusia ngan Zimbabwe tu… diorg enjoy sangat…. that why ko diberikan anugerah tu…”

“Laaaaa… yer ker…. ha’ah la… ramai presiden-presiden planet suke part tu…. last week pun mantan Presiden Amerika Syarikat si Barrac Obama tu pun call aku personally kate die enjoy… nak booking aku katenye untuk birthday party cucu die… alhamdulillahhhhh…. rezeki…” 

“Okeh… ko dah ready ker nak gi nie… dah la bagi short notice… kite kene gerak sekarang nie…”

“Oklah… aku pun dah siap packing nie… ingat nak gi Venice lepak sane sari due tapi dah diorg jemput nak buat macamana… jommm….”

Lantassss… kami pun masuk ke dalam teleport tu untuk memulakan perjalanan… estimate time arrival kate SAC Rizal dalam masa 0.000000001 saat cahaya bersamaan 1 saat cahaya 500 tahun lepas…

“Alamakkkkkk…. bro… aduuuhhhh… apesal sengal sangat aku hari nie…. aduhhh….” keluh SAC Rizal…”

“Apersal plak bro? 

“Aku lupe isi nuklear la….” yang ade nie pun bleh lepas takat lapisan ozon jer nie…

Setelah berbincang kami bersetuju untuk ke Jepun untuk refuel pasal kat Jepun ade black market jual nuklear…. murah skit.. ade sorang bisnesmen nie die cilok nuklear mase gempa bumi 500 tahun lepas kat Jepun tu pasal die nampak market akan datang… berpandangan jauh mamat tu… kat Malaysia ade tapi mahal yang amat… tak bleh beli pasal semua subsidi dah ditarik balik sepenuhnya… harga 1 microatom nuklear bersamaan RM1,500,000.00…

Kitorang start le perjalanan kitorang….. zazzzzzzzzzzzzzzzzzzzz………. 

Tiba-tiba… 

Tettt…. tettttt…. tettt…. warning… warning… system malfunction… system malfunction…

“Aduuuhhhh…. aper plak dah nie gunx…?” tanye aku kepanikkan….

“Alaaahhhh…. die buat balik dahhhh…. sistem problem nie bro… baru minggu lepas servis kt Pusat Servis Honda…. dah la sume teleport lain masuk workshop… nampak gayenyer tak dapat pegi jugak la kite ke Pluto nie bro…. sorry bro…”

Aku hanya mengangguk tanda redha… nie la yang dipanggil “Malang Tidak Berbau…”

Selesai….

Versi Rizal Gunx
___________________________________________________________________________________


Cerpen Indie #7 – Hari Bodoh Saye Encekkk!

Jalan jem tahap cipan. Kereta merangkak2 perlahan. Jam di tangan menunjukkan tepat 8 27 minit dan 55 saat. Kereta nasional aku masuk ke kawasan parkir. Berkejar ke lif. Tit! Pintu terbuka. Manusia berhimpit2 di dalam terkelip2 memandang aku yang termengah2.

Sreettt….

8:33:41

“Hafisssssssssss”

Suara bos memanggil dengan efek gema dari belakang.  
Aku terkujat…. telan air liur tak lepas… “Alamak bos la plak….. aduhhhh…. kantoi2…”

“Errrrr…. yer bosss…” 
“Nape awak lewat nie????” tanya En.Edmund kepada aku…. 
“Errr…. sayer…. sayer…. sayer… terlambat bangun tido boss….” jawab aku terketar2… 
“Tapi sayer….” 
“Sudah…. masuk bilik sayer…”

Aku pun dengan selamber badak dan riaknnyer berjalan terkedek2 sambil mengucapkan selamat pagi kepada semua yang aku jumpa sepanjang laluan ke bilik En.Edmund…. semua tunjuk isyarat tangan baguss kat aku…. aku tau diorang menyokong aku…

Orang tua nie memang macam tu…. angin satu badan…. padahal sebenarnyer die tau aku lambat pasal aper…. die sajer carik pasal ngan aku… motifnya dengki…. 

“Saya bagi amaran kat awak…. awak jangan lagi pergi main badminton tu….” 
“Ehhh… nape plak En.Edmund? saye diarahkan…” 
“Ahhhhh…. pedulikkan arahan tu… dekat office nie aku berkuasa… aku ada power… kalau aku kata aku tak suka ko main badminton, maksudnya aku tak suka…”

Haaaaa…. macam tu lah setiap minggu ceramah En.Edmund kat aku…. aku dah kebal dah ngan ceramah die tu…. Aku siap boleh hafal lagi dialog dia tiap-tiap minggu… pasnie mesti dialog dia… “tapi awak perlu ingat…”

“Tapi awak perlu ingat…. 

Haaaa… kan aku dah kate… mesti dialog tu punye…. 
“Jangan sekali-kali mengadu dekat…..” 
“Sapaaaaaa…. mengadu dekat sapa….” tiba-tiba satu suara yang sangat aku kenal… 
“Haiii… Hafis” sapa tuan punya suara itu…. 
“Haiiii… Datuk…” jawab aku tersenyum…

Lalu terkejut beruk En.Edmund... 

“Ehhh… Datuk…. saye ingat Datuk ke Singapore…” 
“Ahhhhh…. aku tak main kat Singapore Open tu…. nak tunggu Indonesia Open jer…” 

Yahhhh…. itulah Datuk kesayanganku….. Datuk Lee Chong Wei….

Jangan jeles… sekarang aku member baik ngan Datuk Lee Chong Wei…. CEO company Edaran Chong Wei Motor… konglomerat permotoran Malaysia selain pemain badminton no.1 Malaysia dan dunia…. 
“Edmund…. aper pasal dok tazkirah Hafis pagi2 bute nie???? Kenape, die masuk lewat??? 
“Haahhh… Datuk… asyik lewat jer si Hafis nie….” ujar Edmund dengan skill mengadu yang sangat menyentapkan perasaan mak nak…. siap dengan expression muke lagi… nak amik kesempatan hantam aku la tu….”

“Heyyy…. Edmund… lu cakap baik2 skit yer… wa yang suruh die datang lambat skit… wa suruh die datang lepas minum pagi pukul 10 tapi die datang awal jugak… actually wa suruh die cuti tau… tengok begitu komitednye die…” ujar Datuk Lee Chong Wei memback up aku… maunyer tak back up… semalam aku main badminton dengan die smpi pukul 2 pagi…. best katenye separing ngan aku…

“Lu jangan suka2 marah sama dia ok…. bolooo lu….” 
“Ingatttt…. lain kali kalau Hafis lambat itu takde masalah…. wa sudah approve die punye lewat selagi die keje dekat wa punya company…. ada paham…???” warning Datuk Lee Chong Wei dengan nada tegas… 
“Yer… yer… saye faham Datuk…. sorry… sorry… yer Datuk… hari nie hari bodoh saye encekkk!!!! ehhh… Datukkkk!!!!

Selesai….

Versi Rizal Gunx
___________________________________________________________________________________

Cerpen Indie #8 – Baru Ko Tahu Aku Siapa!

Kayuhan basikal aku terhenti. Aku memandang ke kiri dan ke kanan mencari suara.

“Tolong…. Tolong!!”. Laungan itu semakin menderas.
“Ini tidak boleh jadi”, getus ku.

Lantas aku pun terus sepantas kilat ke arah suara ala2 suara serak Scha Al-Yahya tu….
Bukan aku tengah duty pun… aku saje jer turun padang…. tengok anak2 buah aku berkhidmat… 

Sesampainya aku kat lokasi kejadian aku dapati dah ader beberapa orang anak didik aku kat situ memberikan bantuan…. rupa2nya empunya suara tu tersangkut high heel die dalam grill longkang… issshhhh… tak lah bahayer mane sangat pun…

Lalu aku pun memberikan penghargaan dan pujian kepada anak2 buah aku tu dengan berkata…

“Tahniah semua…. tindakan pantas sebeginilah yang kita perlukan demi menjaga keselamatan sejagat…. tahniah semua….”

Sejurus habisnye ucapan pujian aku yang ringkas tu ade suara2 sumbang aku dengar dari kalangan anak2 buah aku tu…. “Eleeehhh… poyo siot mamat nih… macam bagus jer bagi ucapan tahniah..”

Aku sabar jer… “korang belum tau aku sape….” getus hatiku…

Tibe-tibe sixth sense aku mengesan satu suara yang meminta tolong… kali nie lebih jauh lagi… di luar Malaysia…. sejurus selepas itu, semua anak2 didikku tadi baru terhegeh2 nak terdengar suara meminta tolong yang aku dengar tadi… biaselahhh… aku kan sifu… diorg anak buah aku jer… mesti la lembab skit…. hahahahaha… (gelak aku dalam hati dengan jahatnya…)

Salah sorang dari diorang sound aku… “elehhhh… lu bro… aperhal dok sengeh2… dok senyum2 nie… macam bagus jer…”

Tersentap hati mak nak…. tak sangka aku pelapis2 muda nie tak hormat orang senior macam aku nie… “Takper… takper… korang tak kenal aku lagi siape…”

Lalu sepantas halilintar kami semua pergi ke Zimbabwe… lokasi yang meminta pertolongan seterusnya…
Macam biasa selaku sifu aku sampai la dulu dengan menggunakan hanya 20% jer keupayaan aku… lepas 15 minit aku sampai diorg baru terhegeh2 sampai… dah la landing tak betul.. tergolek2 bagai…

Kami menolong mangsa yang terpijak hasil buangan gajah… habis kasut Jimmy Choo yang baru dibelinye kate wanita Zimbabwe bernama Ambigal itu…

Setelah selesai membersihkan kasut Jimmy Choo bersaiz 6 itu, tiba-tiba aku terdengar lagi satu suara meminta tolong…. kali nie jauh gak… kat Manchester, United Kingdom….

“Ahahhhhh… akhirnya….” getus hati ku… nie lah saat-saat yang aku tunggu…

Apa lagi… anak2 buah aku tadi sepantas cahaya la konon pergi ke sana….

Aku biarkan ajer diorg tinggalkan aku beberapa tiang… aku bersin jer sampai sane karang…

“Haaaaaachhhooommm…” Alhamdulillah dah sampai aku kt Manchester…

Aku carik2 jugak maner budak2 aku nie… tak sampai lagi… cehhh… takperlah… aku tunggu…

Adelah dalam 5 minit pastu baru la diorg sampai… Aku cool jer lepak kt grand stand..
Setibanya diorg kat sana diorg terkejut giler lah dan diorg dapati begitu ramai adiwira-adiwira dunia sedang berkumpul…. actually tempat kitorg berkumpul tu kt Staduim Old Trafford, Manchester….

Superman, Batman, Spiderman, Iron Man, X-Men, Green Lantern, Fantastic Four, Astro Boy, tidak dilupakan adiwira tempatan seperti Kluangman, Cicakman, Hairuman, Yusman, Usop Santorian, Boboiboy dan ramai lagi pun ade gak….

Sejurus kemudian aku bagi signal kt floor manager perhimpunan tersebut Rozita Che Wan… sejurus kemudian kedengaran suara Rozita Che Wan cakap….. “Evaluation End”…

Maka bergemalah satu stadium ngan ayat-ayat pendek seperti… “Whattt??”, Why??, Apa??, Apa ini??, Yinnadey??, WTH??, WHF?? 

“Perhatian… perhatian…” ucap Rozita Che Wan….

“Tahniah diucapkan kepada semua kerana dengan jayanya telah menjayakan penilaian tahap kecekapan tergempar yang dinaungi oleh presiden kita Lord Hafis….

“Haaaahhhhhhh….” bergema sekali lagi stadium…

Sebenarnye aku adalah Presiden Persatuan Adiwira-adiwira Sedunia dan merupakan Principal Akademi Adiwira Dunia….

Aku terpaksa turun padang kerana setelah berpuluh-puluh tahun aku pantau anak-anak didik aku nie dari jauh jer… semenjak alaf baru nie, banyak isu-isu melibatkan adiwira-adiwira tak dapat dikawal oleh orang-orang kanan aku… isu-isu seperti dah ramai anak-anak didik aku jadi celebrity dengan bersetuju untuk berlakon dan menjadi tidak terkawal dari segi pembayaran royalty dan ketulinan kuasa-kuasa mereka… puncanya dari Superman la nie amik offer berlakon dulu… katenyer takder job mase tu… pastu sumer ikut…

So aku nak pastikan kualiti anak-anak didik aku terjaga dan tidak tersasar dari matlamat asal…

“Mari sama-sama kita beri tepukan yang sangat gemuruh kepada Presiden kita yang sanggup meluangkan masa turun padang untuk menilai anda semua….”

Diorang semua bertepuk tangan dengan ghairah sekali kerana dengan julung kalinya dapat bertemu dengan Presiden mereka…. tapi adelah sorang dua yang menikus tunduk malu pasal tersalah sound aku tadi….

“Hehehehhehehehhee…. Baru Ko Tahu Aku Siapa!”

Selesai….

Versi Rizal Gunx
__________________________________________________________________________________

Cerpen Indie #16 – Hujan

Dengan gaya maskulin, aku menunggu dekat ruang menunggu Maxis Center KLCC…
“Haiiiyaaaa…. lu tengok nie…. sikalang suma naik…. gula naik… minyak naik… petrol naik…” ekspresi seorang uncle rakyat Malaysia yang agak frust dengan kenaikan harga barang sambil tunjukkan aku paper berbahasa Cina kat aku… haram aku tak paham tulisan dia… mungkin Nyang Siang Pow kot…

Malas nak diskas topik nie kat situ.. sure kerajaan salah punyer so aku dengan gaya maskulin sekali lagi dan membayangkan aku nie Anuar Zain, aku pun respond kat uncle tu dengan idea lawak bangang yang aku simpan dah lama…. “Alahhh… uncle… tak semua benda naik… ada satu benda turun… HUJAN!!!” ujar aku sambil buat muka lawak tetapi masih mengekalkan kemaskulinan aku…

Uncle tu yang seakan-akan langsung tak terkesan dengan lawak bangang aku tu terus respond dengan berkata… “Huhhhhh….” dengan muka serius lalu bangun pasal no. giliran dia dah dipanggil…. “Fuhhh… lega… tak payah dah aku layan uncle nie lagi…”

So terkulat-kulat la aku sorang-sorang kat situ sambil rewind balik lawak bangang aku kat uncle tu tadi…. Hujannn…. emmm… hujan… tetiba fikiran aku melayang memikirkan kenangan aku ngan hujan… ingatan aku melayang berperingkat-peringkat…

Masa kecil-kecil dulu…

Aku skip part nie pasal aku langsung tak ingat kisah aku dan hujan masa kecik..

Masa besar sikit a.k.a sekolah menengah…

Haaa… mase nie aku teringat lagi yang aku sangat bermusuhan dengan hujan… motif??? Hanya pasal aku sangat tak bekenan dengan baju hujan yang ayah aku supply kat aku untuk dibawak ke sekolah… mahu taknyer aku tak bekenan… cube bayangkan baju hujan aku tu dah la kaler kuning sekuning-kuning alam… pastu bukan jenis baju hujan kebanyakan nie… baju tu special skit… bukan… bukan sikit… banyak… baju tu jenis baju hujan ala-ala askar masuk hutan… alaaa… yang macam Superman kalau tak kene gaye pakainye tu… butang kat kiri kanan… kalau hujan lebat sampai tak nampak dunia bleh buat khemah tu… ikat 4 penjuru baju hujan tu ikat kat pokok… dapat imagine tak??? Epikkan??

Masa belajar…

Mase tu aku belajar kat politeknik… rumah sewa kat luar so gi poli tumpang motor kawan… hari Isnin.. minggu baru kelas… biaselahkan nak gi poli mesti pakai the best dress punyer… nanti aweks-aweks nak usha… kehkehkehkeh… baju Antiony la paling class dan mampu aku beli mase tu… seluar ntah brand aper tah, aku iron siap ade line tajam lagi tengah-tengah kiri kanan seluar tu… bak kate orang kalau kene jari boleh luka la pasal tajam sangat…  dengan gaya rambut belah tengah tersisir rapi ala-ala Tomok New Boys, aku naik la motor ngan member aku… dah nak sampai nie…. sekali… bruuummmmmm….. hujan mencurah-curah tanpa rasa kasihan pada dressing kitorang yang dah grand tu… habis basah semua… nak patah balik alang-alang plak… so berjalan la kitorang dalam kesejukan ke kelas sambil meninggalkan titik-titik air hujan disepanjang perjalanan kitorang ke kelas tu… sampai jer kat kelas tengok ramai gak yang basah kuyup… diorang kata… “biasa la wehhh… hujannnnn…”

Fuhhh… sungguh kenangan….

Masa bercinta…

Mase tu aku ngan gelpren aku dating somewhere kat Klang… tepi laut… romantik la skit tepi laut… sesambil tengok bot-bot ikan ngan kapal-kapal dagang melintas… fuhhh… sungguh romantik…. hahahahaha… baru aku nak abiskan ayat… “Abang raselah kan…” “rase ape??” tanye gelpren aku… “abang rase hari nak…” bruuummmmmmmmmm…… “hujannnnnnnnn…… lariiiiiii…. lariiii…..”  sambil larik aku ingat lagi… kitorang berlarian sambil masih berpegangan tangan…. fuuhhh… romantikkan… cuma kitorang kekurangan prop daun pisang jer mase tu… kalau tak…. apa lagi lagu Memori Daun Pisang pasti berkumandang….

Sekarang….

Sekarang nie… aku fobia skit ngan hujan… asal kene hujan skit mesti rasa pening kepala… asal pening kepala mesti kena hujan punya… padahal takder ape-ape pun… psycho jer lebih…
Aku, wife aku, anak aku memang akan merasa frust bila hujan nie… bleh dikatakan kami satu  family frust atas satu alasan yang sama…. bila hujan jer… TAK BLEH TENGOK ASTRO!!!!! B.YOND lagi…
Mase aku tengok final badminton BWF Superseries mesti hujan punyer… Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan plak tu….
Mase wife aku tengok Kasih Alia, mase tulah hujan menjurai-jurai…
Mase anak aku tengok Handy Manny ngan Agent Oso, mase tulah hujan… bising la die…

Tapi hujan nie kurniaan Allah kepada makhluknya atas sebab-sebab tertentu dengan kehendakNya… so aku dan family still bersyukur dengan limpahan hujan nie…

Last but not least, walaupun principle Rizal Gunx dah bagi warning, aku nak bagi tau gak yang aku sangat minat Noh Hujan dan kumpulan Hujan….. “bilaaaaaa…. aku sudah tiadaaaa… huuuuuuuuuuuu…. simpan semua laguku…..”

HUJAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Habissss….

___________________________________________________________________________________

Cerpen Indie #18 – Budak Baru

“Assalamualaikum…” gua memberi salam dengan suara maskulin ala-ala Anuar Zain kepada budak baru…
“Rudeen”… 

“Waalaikumsalam…” jawab Rudeen tenang…. 

“Fuuuhhhh…. merdunye suara Rudeen macam suara Neera AF9…. gua tenang berbaur gelabah… 

“Awak Rudeen kan?? saya Hafis…” 

“Ok…” jawab Rudeen selamber… 

Ok jer…!!!! gua dah malu… budak-budak belakang kelas gua dah terkekek-kekek gelakkan gua… gua buat-buat ade incoming call dari iPhone 4 gua yang dah lame abis bateri tu… gua blah dari kelas 5 Nano tu jab konon-kononnye jawab panggilan penting… 

Gua heran nape Rudeen nak tak nak jer cakap ngan gua… tapi kalau ngan Sifu Matematik Tambahan tu nak plak berdekah-dekah bersembang bagai… 

Yaa… Sifu Matematik Tambahan… memang tidak dapat dinafikan lagi kesifuan die dalam subjek tu… gua kalau nak beat die pun gua hanye bleh beat die mase main badminton jer… mase tu gua bleh smash die cukup-cukup… tapi gua maskulin, bukan tu cara gua… 

Gua penah tanyer die apesal die suker sangat Matematik Tambahan tu… die cakap die nak jadi seorang pengaturcara komputer tersohor di Cyberjaya… gua doakan die berjaya nanti…. 

………. 

Gua tak puas hati… gua nak cari jugak sebab kenapa terjadinya sebegitu… 

Gua tau gua memang budak bermasalah disiplin, keje sekolah selalu yang paling lambat hantar… nie pun baru tengah buat la nie…. 

Nak kata gua selekeh gua rase mak gua dah ironkan baju sekolah gua setajam-tajam pepenjuru yang boleh… 

Nak kate rambut serabai gua nie, gua rase tak la serabai mane… weehhh… nie pesen Anuar Zain laaa… kalau nak dibandingkan ngan rambut ala-ala askar level 2 Sifu Matematik Tambahan tu, gua rase gua maskulin lagi…. takpe… takpe… gua teruskan kerja-kerja meng“google”ing… “How to make new student talk to us in 60 minutes”…. aaahhhaahhhhh…. gua dah tau nape Rudeen nak tak nak jer sembang ngan gua… rupe-rupenye gua kene jadi pandai skit… at least pandai buat kamiran berganda tanpa berpikir… 

Gua nekad study pandai-pandai… nak beat Sifu Matematik Tambahan dalam ujian bulanan…

Gua study punya study dan gua berjaya mendapat 95% dalam ujian Matematik Tambahan bulan tu… gua apa lagi dengan jalan begaya angkuh gua duduk sebelah Rudeen sambil letakkan kertas ujian gua…. 

“95%” 

“Haii… Rudeen…” 

“Hai…” sambil bergelak-gelak ngan Sifu Matematik Tambahan tu lagi… 

“Saye nak tanye awak skit nie… nape awak taknak cakap ngan saye???” tanye gua penuh harapan… 

“emmm….. sebenarnyer saye tak suke rambut serabai awak tu…..” 

“Rambut serabai saye?? Abis tu awak suke stail rambut yang macamane???” tanye gua dengan penuh harapan lagi… 

“saye suke rambut macammmmm……………..” 

……………….. krikkkkk…………. krikkkk……… krikkkk………. (efek cengkerik….) 

Gua tanpa menghiraukan Cikgu Zalila yang baru nak masuk kelas tu… cam biasa la kan… lambat… gua terus amik beg sekolah Nike gua, gua terus blah gi APT Salon kat Kepong… 

…….

…….

……. 

Lepas pada kejadian pagi tu gua menjadi perhatian ramai…. bukan saje Rudeen yang dah bleh berdekah-dekah sembang ngan gua, malah member Rudeen yang sibuk nak temankan die gi toilet tu pun dah usha semacam jer kat gua…. gua dengar cerite yang Cikgu Zalila pun dan minat abis kat gua… nak jadikan gua menantu bile gua dah abis belajar nanti…. syukurlah semua orang dah bleh terima gua seadanya sekarang…… hanya kerana gua dah berubah dengan menggayakan rambut stail Spike dan Armani… hanya kerana budak baru…. Rudeen… 

Selesai……




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...