Thursday, 29 November 2012

Tragedi Janji Ditepati #5


Tragedi Janji Ditepati #1 [by Rizal Gunx]
Tragedi Janji Ditepati #2 [by Hadi Alien]
Tragedi Janji Ditepati #3 [by Sharul Starbuck]
Tragedi Janji Ditepati #4 [by Zalila Comel]



......pun terus menyetat moto yang digunakan untuk menjalankan perniagaan Aiskrem Janji Ditepatinya itu, Ducati 1198 keluaran tahun 2009 berwarna putih yang telah diubah suai sedikit... beredar dari Kedai Kopi Pak Sharul yang katanya tengah apply untuk bukak Starbuck dihujung Kampung Janji Ditepati.... transformasi perniagaan katanya...

Hebat bukan menjaja aiskrem menggunakan Ducati 1198??? Ya.. memang hebat, Apiz sanggup bergolok bergadai membeli moto tersebut secara cash kerana sangat minat dengan Tom Cruise yang menggunakan moto jenis Ducati dalam MI:2 walaupun modelnya tak sama... lagipun ramai orang kata rupa Apiz macam Tom Cruise bersuara Anuar Zain... ntah la... tu semua kata orang Kampung Janji Ditepati... Apiz hanya layan jer...

............................................................

"Apiz... walau apa pun terjadi, kau kene simpan rahsia ini sampai cita-cita kau tercapai.... aku akan support kau wahai sahabatku..." itulah kata-kata keramat yang seakan-akan berbisik di telinga Apiz sepanjang perjalanan merentasi kampung ke "port" penenang hati beliau... bukan Zalila jer ade "port" untuk menenangkan perasaan, Apiz pun ada.... semua orang Kampung Janji Ditepati juga ada "port" masing-masing cuma berasingan koordinat dan latitut...

Apiz buntu...

"Bagaimana ni?? Harun Ajis... aku tak kan mempersia-siakan pengorbanan kau selama ini... ya tuhan ku berikan lah aku kekuatan..." rintih Apiz sambil melutut dan mencengkam tanah macam kebiasaan cerita-cerita melayu...

...........................................................

Mengimbau kisah 3 tahun lepas atau lebih tepat lagi konspirasi antara Harun Ajis, Apiz, Rizal dan mungkin tidak di sangka penglibatannya iaitu Hadi sendiri yang merupakan subjek utama di dalam cerpen ini....

Konspirasi mereka ini boleh diklasifikasikan setanding dengan konspirasi meletupkan amoi guna C4 dan terjunan gaya bebas seorang apek dari tingkap bangunan badan pencegahan maksiat...

Konspirasi berkisar tentang pengorbanan Harun Ajis keatas sahabat baiknya Apiz demi rasa kecintaan Apiz pada Zalila yang amat mendalam dengan kerjasama Rizal dan Hadi, adik Zalila sendiri....

Jeng... jeng... jeng... (efek macam bunyi filem P Ramlee)

Harun Ajis, tunang Zalila pada suatu ketika dulu mendapat tahu bahawa sahabat baiknya Apiz begitu menyintai Zalila dalam diam... Harun Ajis hanya dapat tahu sehari selepas majlis pertunangan beliau... tu pun melalui igauan Apiz yang menyebut nama Zalila berulang-ulang kali semasa tidur dan siulan "...lelaki ini yang selalu menyintai... hanya dirimu... yang bertakhta dalam sanubariku... Zalila"

Demi persahabatan mereka dengan tema "I am for you", Harun Ajis bertekad untuk tidak menghampakan Apiz.... nak kata kurang cerdik pun yer jugak.... tapi tak apa.... manusia nie memang unpredictable... tambah-tambah lagi dalam penceritaan drama melayu..

Setelah Harun Ajis membuat presentation konspirasi bertajuk "1Zalila : Sahabat Didahulukan, Persahabatan Diutamakan" dengan menggunakan perisian powerpoint tersebut kepada Apiz, Apiz dengan riak wajahnya yang seakan-akan terpaksa tapi hatinya melonjak-lonjak dengan perkataan standard... yesss!!!! yess!!!! yesss!!! bersetuju untuk dipenuhi hasrat hati sahabat baik beliau tu...

Hari berikutnya Apiz membawa 2 orang pemain-pemain konspirasi yang dicadangkan iaitu Rizal dan Hadi untuk mendengar perancangan konspirasi tersebut... sama seperti modus operandi MLM... mula-mula ajak minum pastu terus buat table talk ngan business presentation... dan lepas presentation tu mereka berdua bersetuju without any makan-makan percent bagai....

Konspirasi dilaksanakan bermula dengan menyelesaikan masalah utama iaitu Rudeen, anak dara kampung yang hot dan sangat tergila-gilakan Apiz, katanya suara sedap macam Anuar Zain dimana Harun Ajis akan bermain mata dengan Rudeen dan seterusnya menjadi skandal sekaligus menyebabkan chain reaction untuk memperoleh outcome ke dua... perasaan jeles di hati Zalila dan membuatkan Zalila benci sangat dengan Harun Salim Bachik Ajis...

Task Rizal dalam konspirasi tersebut hanya ada 2 sahaja.... pertama, buatkan layang-layang yang menjadi prop untuk lakonan perbuatan sumbang Harun Ajis ditengah-tengah sawah bersama Rudeen dan kedua menjadi follower tegar kepada Hadi sehingga tamat konspirasi....

Task Hadi pula agak penting dan besar juga.... menjadi penggila kepada Rudeen supaya fokus Rudeen tidak hanya pada Apiz... dan buah mulut penduduk kampung hanya akan memperkatakan perihal Hadi - Rudeen, lebih tepat lagi sebagai diversion kepada konspirasi utama...

Task Apiz teramatlah besar kerana terpaksa bermain dengan perasaan.... perlu sentiasa mencari pasal dengan Zalila agar Zalila amat membencinya... motif??? kata orang-orang tua, kesukaaan kepada seseorang itu biarlah berpada, dikhuatiri akan menjadi kebencian kelak bagi dirimu dan jangan membenci seseorang tu keterlaluan, nanti akan menjadi kecintaan kepadamu... so Apiz cuba aplikasikan falsafah kedua itu... mudah-mudahan berhasil...

Mengikut perancangan teliti konspirasi tersebut, ia sepatutnya memakan masa lebih kurang 5 tahun... lagi cepat lagi bagus... bergantung kepada berapa cepat kebencian Zalila kepada Apiz bertukar kepada kecintaan... tapi jika dilihat kepada keliatan hati dan kegengsteran Zalila, extention of time diperlukan....

Seperkara yang membuatkan kemungkinan konspirasi ini gagal adalah dengan perjumpaan sulit Harus Ajis yang menyamar sebagai semut jadian dengan Apiz yang berpakaian tidak kotor berwarna kuning ditepi pokok ketapang dalam dusun Pak Akob telah dikesan oleh Rizal dan Hadi.... setahu mereka tiada perjumpaan lain selama 5 tahun operasi 1Zalila ini berlangsung... adakah terdapat perubahan perancangan tanpa pengetahuan mereka???? Adakah mereka dikhianati dan diperguna-gunakan???

...........................................................

Setelah Apiz mendapat kekuatan dalaman diri, beliau kembali ke Kedai Kopi Pak Sharul lalu dengan yakin dan lantangnya berkata dengan tonasi suara Anuar Zain..... Zalila... jangan percaya sangat dengan berita arus perdana.... cuba cari berita alternatif....

Zalila terkesima dengan kata-kata Apiz yang sangat cerdik bunyinya itu....

Lalu Zalila pun.....

#bersambung...

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...