Monday 16 May 2011

Cerpen Indie #8 – Baru Ko Tahu Aku Siapa!

Kayuhan basikal aku terhenti. Aku memandang ke kiri dan ke kanan mencari suara.

“Tolong…. Tolong!!”. Laungan itu semakin menderas.
“Ini tidak boleh jadi”, getus ku.

Lantas aku pun terus sepantas kilat ke arah suara ala2 suara serak Scha Al-Yahya tu….
Bukan aku tengah duty pun… aku saje jer turun padang…. tengok anak2 buah aku berkhidmat… 

Sesampainya aku kat lokasi kejadian aku dapati dah ader beberapa orang anak didik aku kat situ memberikan bantuan…. rupa2nya empunya suara tu tersangkut high heel die dalam grill longkang… issshhhh… tak lah bahayer mane sangat pun…

Lalu aku pun memberikan penghargaan dan pujian kepada anak2 buah aku tu dengan berkata…

“Tahniah semua…. tindakan pantas sebeginilah yang kita perlukan demi menjaga keselamatan sejagat…. tahniah semua….”

Sejurus habisnye ucapan pujian aku yang ringkas tu ade suara2 sumbang aku dengar dari kalangan anak2 buah aku tu…. “Eleeehhh… poyo siot mamat nih… macam bagus jer bagi ucapan tahniah..”

Aku sabar jer… “korang belum tau aku sape….” getus hatiku…

Tibe-tibe sixth sense aku mengesan satu suara yang meminta tolong… kali nie lebih jauh lagi… di luar Malaysia…. sejurus selepas itu, semua anak2 didikku tadi baru terhegeh2 nak terdengar suara meminta tolong yang aku dengar tadi… biaselahhh… aku kan sifu… diorg anak buah aku jer… mesti la lembab skit…. hahahahaha… (gelak aku dalam hati dengan jahatnya…)

Salah sorang dari diorang sound aku… “elehhhh… lu bro… aperhal dok sengeh2… dok senyum2 nie… macam bagus jer…”

Tersentap hati mak nak…. tak sangka aku pelapis2 muda nie tak hormat orang senior macam aku nie… “Takper… takper… korang tak kenal aku lagi siape…”

Lalu sepantas halilintar kami semua pergi ke Zimbabwe… lokasi yang meminta pertolongan seterusnya…
Macam biasa selaku sifu aku sampai la dulu dengan menggunakan hanya 20% jer keupayaan aku… lepas 15 minit aku sampai diorg baru terhegeh2 sampai… dah la landing tak betul.. tergolek2 bagai…

Kami menolong mangsa yang terpijak hasil buangan gajah… habis kasut Jimmy Choo yang baru dibelinye kate wanita Zimbabwe bernama Ambigal itu…

Setelah selesai membersihkan kasut Jimmy Choo bersaiz 6 itu, tiba-tiba aku terdengar lagi satu suara meminta tolong…. kali nie jauh gak… kat Manchester, United Kingdom….

“Ahahhhhh… akhirnya….” getus hati ku… nie lah saat-saat yang aku tunggu…

Apa lagi… anak2 buah aku tadi sepantas cahaya la konon pergi ke sana….

Aku biarkan ajer diorg tinggalkan aku beberapa tiang… aku bersin jer sampai sane karang…

“Haaaaaachhhooommm…” Alhamdulillah dah sampai aku kt Manchester…

Aku carik2 jugak maner budak2 aku nie… tak sampai lagi… cehhh… takperlah… aku tunggu…

Adelah dalam 5 minit pastu baru la diorg sampai… Aku cool jer lepak kt grand stand..
Setibanya diorg kat sana diorg terkejut giler lah dan diorg dapati begitu ramai adiwira-adiwira dunia sedang berkumpul…. actually tempat kitorg berkumpul tu kt Stadium Old Trafford, Manchester….

Superman, Batman, Spiderman, Iron Man, X-Men, Green Lantern, Fantastic Four, Astro Boy, tidak dilupakan adiwira tempatan seperti Kluangman, Cicakman, Hairuman, Yusman, Usop Santorian, Boboiboy dan ramai lagi pun ade gak….

Sejurus kemudian aku bagi signal kt floor manager perhimpunan tersebut Rozita Che Wan… sejurus kemudian kedengaran suara Rozita Che Wan cakap….. “Evaluation End”…

Maka bergemalah satu stadium ngan ayat-ayat pendek seperti… “Whattt??”, Why??, Apa??, Apa ini??, Yinnadey??, WTH??, WHF?? 

“Perhatian… perhatian…” ucap Rozita Che Wan….

“Tahniah diucapkan kepada semua kerana dengan jayanya telah menjayakan penilaian tahap kecekapan tergempar yang dinaungi oleh presiden kita Lord Hafis….

“Haaaahhhhhhh….” bergema sekali lagi stadium…

Sebenarnye aku adalah Presiden Persatuan Adiwira-adiwira Sedunia dan merupakan Principal Akademi Adiwira Dunia….

Aku terpaksa turun padang kerana setelah berpuluh-puluh tahun aku pantau anak-anak didik aku nie dari jauh jer… semenjak alaf baru nie, banyak isu-isu melibatkan adiwira-adiwira tak dapat dikawal oleh orang-orang kanan aku… isu-isu seperti dah ramai anak-anak didik aku jadi celebrity dengan bersetuju untuk berlakon dan menjadi tidak terkawal dari segi pembayaran royalty dan ketulinan kuasa-kuasa mereka… puncanya dari Superman la nie amik offer berlakon dulu… katenyer takder job mase tu… pastu sumer ikut…

So aku nak pastikan kualiti anak-anak didik aku terjaga dan tidak tersasar dari matlamat asal…

“Mari sama-sama kita beri tepukan yang sangat gemuruh kepada Presiden kita yang sanggup meluangkan masa turun padang untuk menilai anda semua….”

Diorang semua bertepuk tangan dengan ghairah sekali kerana dengan julung kalinya dapat bertemu dengan Presiden mereka…. tapi adelah sorang dua yang menikus tunduk malu pasal tersalah sound aku tadi….

“Hehehehhehehehhee…. Baru Ko Tahu Aku Siapa!”

Selesai….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...