Friday 15 April 2011

Cerpen Indie #5 - Pengalaman Cemas Saya

Jam dinding yang dibeli kat IKEA menunjukkan pukul 10.00pagi….. alamak dah lambat la plak…. baru selesai sikat rambut sisiran tepi….. tak best… ahhhhh….. tak mau tuka la… buat balik rambut macam selalu… spike a.k.a armani, mana-mana pun boleh… gune tangan jer….
Dengan berbekalkan baju Manchaster United color merah yang dibeli 2 tahun lepas dalam flight milik Tony Fernandes on the way gi melancong ke Bandung dan seluar jean Versace ciplak grade A yang dah agak season ditambah plak kasut sneakers Nike putih, dengan bergayanya aku kuar rumah nak gi bank ade urusan kewangan skit…. ceeehhhh.. urusan kewangan konon.. actually dalam saving account ade balance RM11.15 jer…
Teettt… unlock kereta… drive ke bank yang terletak disebelah SOGO… sesampai jer kat bank orang dah ramai…. takper… relex…. muke macho… dengan relexnye cucuk kad Prime Account terus potong sumer orang…. Fuuuhhhh macam tak adilkan… lantak la aku bayar mahal tau…. hahahahah… dapat kertas putih yang sangat kurang kualitinya menunjukkan… “20.05.2011.. No.anda 9002… no.sekarang 9001”, ok… turn aku lepas nie.. terus duduk kt sofa kulit sambil tengok jam…. pukul 10.32pagi…. baru nak pandang atas…. “sembilannnn, kosonggg, kosonggg, duaaa…. kaunter lima..” ahaahhhh… turn aku…

Tiba-tiba………

“Downnnnn………. downnn….. downnnn…. everybody downnnnn… ”
Semua orang dalam bank tu terkujat dan panik tapi simpan dalam hati jer… semua orang meniarap, termasuk aku… sambil berbangga rakyat Malaysia nie faham bahasa inggeris “down” tu maksudnye meniarap pada situasi dalam bank yang seakan-akan dirompak… dalam hati aku, alamak… rompakan ker nie…. alamakkkk….. mengucap aku berulang-ulang kali sepanjang meniarap tu…. aku dengar diorang jerit sesame diorang… “squad… find the subject…. find the subject…”
Aku dengan agak berani curi-curi pandang dari mana arah suara tu dan aku yakin nie mesti rompakan punye… aku nampak kelibat 5 orang berpakaian lengkap hitam seperti SWAT sambil mengacukan senapang M16 (rasenyerla pasal model tu jer aku kenal….) kearah orang ramai yang sedang meniarap…. aku terus usha-usha curi diorang tu…. aku nampak kat seragam hitam diorang tu ade yang tertulis SWAT, ade POLIS, ade CIA, ade FBI dan ader gak POLISI…. aku kompius….
Tetibe salah sorang dari diorang buat checking kat area aku meniarap…. terus straight je kat aku… aku panik…. mengucap… aku jeling skit tengok kasut hitam tu rupanya berjenama Dr.Martin… terus mamat tu jerit… “Subject detect… subject detect…”
Sepantas kilatnya lebih kurang 10 orang men in black tu mengelilingi aku…. haahhhhh…. nape plak nie… nak tekencing pun ade tapi nasib baik tadi kat rumah aku dah gi toilet…..
Baju Manchester United aku disentap kuat oleh salah sorang MIB tu… “bangun…. bangun…” kate mamat tu…. aku bangun dan tengok name tag mamat tu, name die RIZAL…. “awakkk…. awak… yang kami cari….” jerit Rizal tu…. “ehh…. ape salah saya encik…. saya takde duit encik…. baki saving account saya ade RM11.15 jer… cer check buku saye nie encik… cer check… saya datang nie pun nak buat personal loan la encik…” aku dengan sedaya upayanya memberikan kerjasama yang amat baik sekali…. takut kene tembak…
“Duduk sini… duduk…” herdik MIB Rizal… “Angkat muka awak… dan dengar aper yang kami nak bagitau…”
Aku pun angkat muka aku… aku nampak 5 orang MIB depan aku…. sorang-sorang aku tengok…
1st sekali belah kanan aku, aku bace nama dia ALI... pastu dia cakap “ko memang dahsyat la bro… kelakar…”
2nd aku bace name die RUDY… “luk memang lucu skali… terhibur gue…”
3rd name die MIKE… “you are funny mannn….”
4th name die JOHN… “dude… you are so funny…”
5th name die RIZAL… “awak lah yang kami carik…. awak dikehendaki untuk menyertai program Raja Lawak Antarabangsa…. sila ikut kami… gelanggang pertama Raja Lawak Antarabangsa akan bermula tahun depan… minta tolong beri kerjasama dan bersedia….”
Aku dibawak keluar dari bank dengan diescort oleh lebih kurang 15 orang MIB ke satu tempat yang aku pun tak tau kat mane….
Fuhhhhh…. legaaaa…. ingatkan rompakan tadi…. tapi aku heran, aku tak apply pun masuk Raja Lawak Antarabangsa tu… ade ker??? tak penah dengar pun… mungkin pemilihan wild card kot or special request or recommendation oleh Afdlin Shauki untuk aku mewakili Malaysia dalam program Raja Lawak Antarabangsa tu…. tak kisah lah…
Apa-apa pun tunggu kemunculan aku kat Gelanggang Raja Lawak Antarabangsa tahun depan…=p tu pun kalau Astro siarkan la… kalau tak nanti aku upload dalam laman Tiub Awak….

Selesai….

Versi Rizal Gunx

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...