Monday 25 April 2011

Cerpen Indie #6 – Malang Tidak Berbau


Satu pagi burang berkicau riang. Unggas2 berterbangan dan berpasang-pasangan. Begitu indah pagi itu terasa seperti ingin membuat lirik lagu. Aku bergerak perlahan menuju perhentian bas membawa beg. Sesambil itu, aku melihat jam tangan. Gelisah menunggu bas yang tidak kunjung tiba. Dalam keadaan fatamorgana, satu objek bergerak dengan laju dan berhenti tepat2 di depan aku. 

Tiba-tiba….

Asap seakan-akan fogging area ader kes denggi berkepul-kepul keluar dari bahagian bawah objek itu…. barangkali dari ekzosnya yang terletak dibahagian bawah…. lantas aku terdengar satu suara yang ala2 Ucop Wilcha… 

“Hahhhhhhh…. kat sini rupernyer saudara….”

Ehhh… aku amat kehairanan…. budiman sungguh bahasa empunya badan….

Beransur-ansur asap fogging tersebut hilang ditiup angin fatamorgana…. dan jelas kelihatan satu objek yang pernah aku lihat dalam filem  Star Trek XII…. sahhhh…. sahhhh… objek tu adelah sebuah teleport jenama Honda…. “ooo… ini rupanya Honda Teleport Type-R berkuasa nuklear yang keluar dalam digital paper semalam…” bisik hatiku…. semuanya berpunca dari gempa bumi yang hampir melumpuhkan ekonomi Jepun suatu masa dahulu….

Disisi teleport tu aku lihat sekujur tubuh sasa yang memakai sut serba hitam siap bertanda nama…. “SAC RIZAL”…..

Hahhhh…. macam penah jer aku tengok name tu…… terus memori aku terpancar ala2 filem Minority Report lakonan Datuk Tom Cruise… sekarang Tom Cruise dan diberi title Datuk oleh kerajaan negeri Perlis ekoran satu shot filem terbaru Tom Cruise bertajuk Majority Report berdurasi 5 saat diladang tebu dekat Cuping, Perlis…. kononnya Tom Cruise menaikkan nama Perlis setelah shot tu berlatarbelakangkan ladang tebu... alahhh… seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Shah Rukh Khan yang menari-nari kat Melaka pastu dapat title Datuk tu….

Ohhhh…. baru aku teringat… SAC Rizal nie la yang tangkap aku kat bank 500 tahun lepas untuk program Raja Lawak Antarabangsa tu….. wahhhh… dah naik pangkat dah die… dulu koperal jer… dapat SAC pasal dapat tangkap aku la tu dulu… 

“Ehhh…. SAC Rizal… lame tak jumpe…. amboiiiii….  lepas jer saya menang aritu pastu anta saye kt kampung nie terus hilang yer…. ape kabar sekarang??? siap naik pangkat lagi….” ramahnya aku memulakan bicara…

“Aku baik jer pis….” jawab ringkas SAC Rizal…

“So ko datang sepantas kilat nie nak jumpe aku ker? Nape?”

“Haahhh…. nie haaaa….” sambil SAC Rizal tunjukkan aku surat jemputan digital dari Datuk Bandar Planet Pluto….

Surat jemputan digital tu tertulis….

“Adalah dengan segala hormatnya, Encik Hafis dijemput untuk hadir ke majlis penganugerahan pingat kebesaran daripada Presiden Planet Pluto, Lord Messer Mahasuasa sempena birthday beliau yang ke-25 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh                   :           25 Mei 2511

Masa                    :           10 matahari

Tempat                 :           Ruang Legar Istana MahaPluto

Kod Pakaian        :           Baju Melayu

Adalah diharapkan Encik Hafis tidak menghampakan kami rakyat jelata planet Pluto…”

“Wehhhhhh….. gunx…. (nama lain yang aku panggil SAC Rizal pasal dah terlalu kamceng…) biar betul nie…. apersal plak die nak bagi aku pingat kebesaran bagai nie… ape plak sumbangan aku kat diorg?”

“Ohhh…. aku ade tanye P.A datuk bandar tu apersal ko diberi pingat kebesaran tu… die cakap Presiden Mahasuasa sangat enjoy persembahan ko masa konsert akhir Raja Lawak Antarabangsa tu… especially part ko mainkan peserta dari Rusia ngan Zimbabwe tu… diorg enjoy sangat…. that why ko diberikan anugerah tu…”

“Laaaaa… yer ker…. ha’ah la… ramai presiden-presiden planet suke part tu…. last week pun mantan Presiden Amerika Syarikat si Barrac Obama tu pun call aku personally kate die enjoy… nak booking aku katenye untuk birthday party cucu die… alhamdulillahhhhh…. rezeki…” 

“Okeh… ko dah ready ker nak gi nie… dah la bagi short notice… kite kene gerak sekarang nie…”

“Oklah… aku pun dah siap packing nie… ingat nak gi Venice lepak sane sari due tapi dah diorg jemput nak buat macamana… jommm….”

Lantassss… kami pun masuk ke dalam teleport tu untuk memulakan perjalanan… estimate time arrival kate SAC Rizal dalam masa 0.000000001 saat cahaya bersamaan 1 saat cahaya 500 tahun lepas…

“Alamakkkkkk…. bro… aduuuhhhh… apesal sengal sangat aku hari nie…. aduhhh….” keluh SAC Rizal…”

“Apersal plak bro? 

“Aku lupe isi nuklear la….” yang ade nie pun bleh lepas takat lapisan ozon jer nie…

Setelah berbincang kami bersetuju untuk ke Jepun untuk refuel pasal kat Jepun ade black market jual nuklear…. murah skit.. ade sorang bisnesmen nie die cilok nuklear mase gempa bumi 500 tahun lepas kat Jepun tu pasal die nampak market akan datang… berpandangan jauh mamat tu… kat Malaysia ade tapi mahal yang amat… tak bleh beli pasal semua subsidi dah ditarik balik sepenuhnya… harga 1 microatom nuklear bersamaan RM1,500,000.00…

Kitorang start le perjalanan kitorang….. zazzzzzzzzzzzzzzzzzzzz………. 

Tiba-tiba… 

Tettt…. tettttt…. tettt…. warning… warning… system malfunction… system malfunction…

“Aduuuhhhh…. aper plak dah nie gunx…?” tanye aku kepanikkan….

“Alaaahhhh…. die buat balik dahhhh…. sistem problem nie bro… baru minggu lepas servis kt Pusat Servis Honda…. dah la sume teleport lain masuk workshop… nampak gayenyer tak dapat pegi jugak la kite ke Pluto nie bro…. sorry bro…”

Aku hanya mengangguk tanda redha… nie la yang dipanggil “Malang Tidak Berbau…”

Selesai….

Versi Rizal Gunx

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...