Plot 1 di blog Rizal Gunx
Plot 2 di blog Zalila
“Semalam apa Apit??” tanya Ramli dengan gaya
memaksa…. Apit… nickname Hafis masa tengah hot dan menjadi rebutan ramai
pelajar-pelajar perempuan dari tingkatan 1 yang nak jadikan dia abang angkat sehinggalah
ke tingkatan 6 atas yang nak jadikan dia adik angkat, yang tingkatan 5 nak
jadikan dia stedy boyfriend jangan cerita la kan mase kat Sekolah Menengah
Kebangsaan Evening Junction (SMKEJ)… sekolah lama yang telah wujud sejak zaman
kolonial British dahulu lagi…
“Ehhh… sorry…. ko tanye ape tadi???” Hafis
buat-buat tak dengar soalan Ramli tadi…
“Wehh… Ramli… jom
kite lepak kt Setar Bug sebelah nie… lame dah tak besembang ngan ko…” ajak
Hafis dalam usaha melengah-lengahkan Ramli dan menukar topik perbincangan yang disebabkan
oleh ketersasulan Hafis dengan hanya dua ayat maut a.k.a cari penyakit.. “Tapi
semalam….” tu…..
“Haaa… bleh gak”
jawab Ramli dengan harapan dapat korek rahsia dari Hafis…
Hafis ngan Ramli pun
ambik port kt kerusi kusyen yang bile duduk tu nampak macam orang kaya…
“Wehhh… Apit… aku nak
tekenceng la plak kene hujan tadi…. aku gi toilet jab eksss… tolong orderkan
aku Espresso Capocino blended kurang ais satu…”kata Ramli dengan posture
terkepit-kepit nak tekenceng…
“Okehh…” sahut Hafis…
Sementara menunggu
Ramli gi toilet, fikiran Hafis melayang-layang memikirkan plot cerita yang
bakal dicipta agar bila Ramli dengar tak la sangat dia tersentap hati mak nak…
Hafis sangat serba
salah nak ceritakan hal sebenarnya kepada Ramli pasal cerita tu sama sekali tidak
menyebelahi beliau… Sebenarnya Hadi bagi Layla baju kurung tu lepas Rudeen
bersungguh-sungguh taknak terima… motif???? Rudeen sebenarnya didalam dilemma… hatinya
sebenarnya hanya pada Hafis cuma Hafis masih belum beri kata putus…. kata
Rudeen dia sanggup tunggu Hafis sekalipun sampai Pasaraya Tak Un Tong tu tutup….
Rudeen sudah lama menyimpan perasaan sejak dari dalam Kelas 5 Nano lagi setelah
Hafis dengan sedaya upaya berubah demi Rudeen dengan sanggup mengorbankan stail
rambut Anuar Zain beliau dahulu kepada stail rambut Spike dan Armani
semasa Rudeen mula-mula masuk sekolah sebagai budak baru… Bukan Rudeen sahaja yang menaruh hati kepada Hafis, sebelum
nie Layla juga sangat jatuh hati dengan Hafis tetapi Hafis tetap tidak
menberikan kata putus… oleh kerana dah frust dengan penantian tanpa jawapan tu,
Layla mengambil keputusan memilih Hadi sebagai pasangannya walaupun pada
hatinya tiada Hadi hanya Hafis… Rudeen pula terpaksa menjaga hati Hadi yang bersungguh
benar memikatnya dengan pelbagai cara, dari membawa bekal nasik lemak setiap
pagi, membawa nasik bungkus setiap tengahari sesambil menghantar surat ke area
Bandar A tu dan mengambilnya setiap petang… Rudeen seorang yang sangat sweet
sehingga ramai yang tertarik dengan beliau termasuklah cashier dan mamat bangla
bahagian store pasaraya tempat dia bekerja sekarang….
Baju kurung yang
dibeli Hadi tu sebenarnya bersaiz S iaitu ukuran badan Rudeen yang kecil molek
orangnya… tetapi baju kurung tu diberikan kepada Layla yang memakai baju kurung
bersaiz L… sure singkat potongan kainnya… mesti lepas Hadi dah balik, Layla
akan try baju tu… pasti mengamuk sudahnya kerana itu memang anugerah semulajadi
Layla… mengamuk… sebenarnya amat sesuai dengan Ramli yang memang pengamuk
orangnya… tapi situasi sekarang sudah suratan….
“Wehhh… jauh temenung…”kejut
Ramli melihat Hafis termenung jauh….
“Lamenye ko gi toilet…???”tanye
Hafis selamber…
“Ohhh…. aku sakit
perut plak tadi… okeh… so apenye yang ko kate “tapi semalam..”tu? tanya Ramli
lagi dengan gelojohnya….
“Errr… emmm…
sebenarnye Ramli aku kurang pasti la kenapa semalam tu… cube ko tanye Rudeen
anak Pakcik Borhan yang keje kat Pasaraya
Tak Un Tong tu… aku rase die ade jawapannya….”jelas Hafis dengan muka konfiden
dan ala-ala maskulin itu…
“Tapiii… takkan ko
tak tau langsung??? Eemmmm… takpelah… okeh Apit… aku gerak dulu… jumpe lagi…”ujar
Ramli tergesa-gesa…
Ramli berlari-lari anak
mendapatkan motosikalnya yang basah dihujani hujan gerimis tadi dan terus
menunggang ke arah Pasaraya Tak Un Tong……
Vroommmmmm… Preng… Prenggg…..