SKOOB

SKOOB???? kenapa SKOOB? sebenarnya SKOOB nie inverse kepada BOOKS jer... macam gempak jer kan... =p page SKOOB nie putra khaskan untuk review buku-buku yang pernah dan kebanyakannya ada dalam koleksi peribadi putra... review-review nie hanyanya pendapat peribadi putra dan boleh diinterpretasi secara peribadi jika telah membacanya.... enjoy...!!!!

________________________________________________________________________________________________________

THE SECRET




Ntah kali keberapa entah putra dah ulang baca buku The Secret. Kenapa banyak kali yer? Apa yang boleh putra katakan ia amat menarik perhatian putra, putra juga telah cuba menguji The Secret untuk sesuatu yang mendapatkan hasil segera, ternyata dalam masa kurang 24 jam ianya benar-benar berlaku dalam cara yang langsung putra tidak fikirkan. Begitulah hebatnya rahsia The Secret.

Mungkin ada antara anda yang tertanya, apa kebendanya The Secret ini kan?
The Secret merupakan sebuah filem dokumentari yang mengisahkan betapa hebatnya kejadian manusia. Ia mengisahkan bahawa manusia boleh menjadi siapa saja dan mendapatkan apa jua yang diinginkan. Di dalam The Secret ianya sangat menekankan Law of Attraction. Di sinilah kita dapat lihat rasional kenapa orang kaya terus kaya dan orang miskin terus miskin. Apa yang kita fikir, itulah yang kita dapat. Sekiranya kita sering memikirkan wang yang tak pernah cukup, sampai bilapun wang kita tidak akan pernah cukup. Jika kita fikirkan hutang yang berlonggok, setiap hari pasti lebih banyak hutang yang datang.

Apa yang menarik, The Secret banyak menekankan sikap bersyukur, sentiasa merasa cukup dengan apa yang kita ada dan ianya akan menarik lebih banyak nikmat.
Mensyukuri nikmat Allah akan mengingatkan kita apa yang telah kita perolehi, dan ia akan menarik nikmat-nikmat lain, kufur (tidak bersyukur) mengingatkan kita tentang kesusahan, tidak pernah berasa cukup dan ia akan menarik perkara-perkara negatif yang lain. Begitulah The Secret mengulas tentang bersyukur dan bagaimana ia boleh mendatangkan kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan.

Sebuah bacaan dan tontonan yang amat disyorkan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...