Thursday, 10 November 2011

Cerpen Indie #20 – Layla.. Hatiku Belum Milikmu, Begitu Juga Rudeen (Versi Cerpen Berantai)


Plot 1 di blog Rizal Gunx

Plot 2 di blog Zalila


“Semalam apa Apit??” tanya Ramli dengan gaya memaksa…. Apit… nickname Hafis masa tengah hot dan menjadi rebutan ramai pelajar-pelajar perempuan dari tingkatan 1 yang nak jadikan dia abang angkat sehinggalah ke tingkatan 6 atas yang nak jadikan dia adik angkat, yang tingkatan 5 nak jadikan dia stedy boyfriend jangan cerita la kan mase kat Sekolah Menengah Kebangsaan Evening Junction (SMKEJ)… sekolah lama yang telah wujud sejak zaman kolonial British dahulu lagi… 

“Ehhh… sorry…. ko tanye ape tadi???” Hafis buat-buat tak dengar soalan Ramli tadi…

“Wehh… Ramli… jom kite lepak kt Setar Bug sebelah nie… lame dah tak besembang ngan ko…” ajak Hafis dalam usaha melengah-lengahkan Ramli dan menukar topik perbincangan yang disebabkan oleh ketersasulan Hafis dengan hanya dua ayat maut a.k.a cari penyakit.. “Tapi semalam….” tu…..

“Haaa… bleh gak” jawab Ramli dengan harapan dapat korek rahsia dari Hafis…

Hafis ngan Ramli pun ambik port kt kerusi kusyen yang bile duduk tu nampak macam orang kaya…

“Wehhh… Apit… aku nak tekenceng la plak kene hujan tadi…. aku gi toilet jab eksss… tolong orderkan aku Espresso Capocino blended kurang ais satu…”kata Ramli dengan posture terkepit-kepit nak tekenceng…

“Okehh…” sahut Hafis…

Sementara menunggu Ramli gi toilet, fikiran Hafis melayang-layang memikirkan plot cerita yang bakal dicipta agar bila Ramli dengar tak la sangat dia tersentap hati mak nak…

Hafis sangat serba salah nak ceritakan hal sebenarnya kepada Ramli pasal cerita tu sama sekali tidak menyebelahi beliau… Sebenarnya Hadi bagi Layla baju kurung tu lepas Rudeen bersungguh-sungguh taknak terima… motif???? Rudeen sebenarnya didalam dilemma… hatinya sebenarnya hanya pada Hafis cuma Hafis masih belum beri kata putus…. kata Rudeen dia sanggup tunggu Hafis sekalipun sampai Pasaraya Tak Un Tong tu tutup…. Rudeen sudah lama menyimpan perasaan sejak dari dalam Kelas 5 Nano lagi setelah Hafis dengan sedaya upaya berubah demi Rudeen dengan sanggup mengorbankan stail rambut Anuar Zain beliau dahulu kepada stail rambut Spike dan Armani semasa Rudeen mula-mula masuk sekolah sebagai budak baru… Bukan Rudeen sahaja yang menaruh hati kepada Hafis, sebelum nie Layla juga sangat jatuh hati dengan Hafis tetapi Hafis tetap tidak menberikan kata putus… oleh kerana dah frust dengan penantian tanpa jawapan tu, Layla mengambil keputusan memilih Hadi sebagai pasangannya walaupun pada hatinya tiada Hadi hanya Hafis… Rudeen pula terpaksa menjaga hati Hadi yang bersungguh benar memikatnya dengan pelbagai cara, dari membawa bekal nasik lemak setiap pagi, membawa nasik bungkus setiap tengahari sesambil menghantar surat ke area Bandar A tu dan mengambilnya setiap petang… Rudeen seorang yang sangat sweet sehingga ramai yang tertarik dengan beliau termasuklah cashier dan mamat bangla bahagian store pasaraya tempat dia bekerja sekarang….

Baju kurung yang dibeli Hadi tu sebenarnya bersaiz S iaitu ukuran badan Rudeen yang kecil molek orangnya… tetapi baju kurung tu diberikan kepada Layla yang memakai baju kurung bersaiz L… sure singkat potongan kainnya… mesti lepas Hadi dah balik, Layla akan try baju tu… pasti mengamuk sudahnya kerana itu memang anugerah semulajadi Layla… mengamuk… sebenarnya amat sesuai dengan Ramli yang memang pengamuk orangnya… tapi situasi sekarang sudah suratan….

“Wehhh… jauh temenung…”kejut Ramli melihat Hafis termenung jauh….

“Lamenye ko gi toilet…???”tanye Hafis selamber…

“Ohhh…. aku sakit perut plak tadi… okeh… so apenye yang ko kate “tapi semalam..”tu? tanya Ramli lagi dengan gelojohnya….

“Errr… emmm… sebenarnye Ramli aku kurang pasti la kenapa semalam tu… cube ko tanye Rudeen anak Pakcik Borhan yang keje kat Pasaraya Tak Un Tong tu… aku rase die ade jawapannya….”jelas Hafis dengan muka konfiden dan ala-ala maskulin itu…

“Tapiii… takkan ko tak tau langsung??? Eemmmm… takpelah… okeh Apit… aku gerak dulu… jumpe lagi…”ujar Ramli tergesa-gesa…

Ramli berlari-lari anak mendapatkan motosikalnya yang basah dihujani hujan gerimis tadi dan terus menunggang ke arah Pasaraya Tak Un Tong……

 Vroommmmmm… Preng… Prenggg…..




…bersambung  di blog Rudeen

... dan lagi di blog Hadi

 

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...