MY QUBE

ME,WHO??

SIAPA SAYA?
Saya bernama Mohd Hafis Ahmad a.k.a Putrainternet@putra (pergghhhh skema...)

LAHIR BILA, MASA, DIMANA?
28 Januari 1979 @ 9.15 pagi @ Hospital Besar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. (skema lagi...)

STATUS, ISTERI, ANAK?
Berkahwin @ 28 tahun @ Hasniza Mohamad Ramly @ Muhammad Darwisy Hafiy. (skema jugak....)

MENETAP?
Bandar Sri Damansara

PENDIDIKAN? (Rendah@Menengah@Institusi@Universiti)
Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Petani, Sungai Petani, Kedah (1984-1990)@Sekolah Menengah Ibrahim,Sungai Petani, Kedah (1991-1996)@Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah (1998-2001)@SPACE UTM(2008-????)

Mohd Hafis Ahmad @ Putrainternet @ Putra 


BLOG

Kenapa NUFF URUSAI?

NUFF URUSAI bermaksud sangat senyap.

Gabungan dari slang Jafaikan dan slang Jepun.

NUFF dalam slang Jafaikan membawa maksud really(sangat) dan URUSAI dalam slang Jepun membawa maksud quiet (senyap).

Seiring dengan tagline putra SOMETIMES LESS IS MORE membawa maksud kita tidak perlu banyak bercakap untuk meluahkan sesuatu, hanya dengan sedikit ayat kita dapat memberi maksud dan impak yang sangat besar.

Sebagai contoh, komander perang sesebuah negara hanya perlu berkata “Fire” atau “Serang” atau “Charge” untuk melancarkan serangan. Tak perlu kata “sarjan… kita perlu tembak kearah tempat yang disasarkan sebentar tadi… tembak sekarang”…. kan panjang tu….. hehehehehe……

Walaupun LESS IS MORE, blog putra nie akan tertulis dengan blog-blog yang agak panjang…. maklumlah… nak berucap tak berkesempatan….. heheheeheheh…. =p

ENJOY MY BLOG

______________________________________________________________________________________

BLOG INFO :

APA ITU BLOG?

Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya.
Blog tidak banyak berbeza dengan laman web biasa. Tetapi perbezaan ketara antara keduanya ialah setiap kali bahan penulisan terbaru dimasukkan di dalam blog, yang terbaru akan berada di atas dan artikel / tulisan sebelum itu akan berada di bawahnya. Ini dipanggil Reverse Chronical Order.

KENAPA BLOG?

Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh menggunapakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Walaupun begitu, pemahaman Bahasa Inggeris adalah amat penting sekali kerana setakat ini belum ada lagi blog yang dibangunkan menggunakan Bahasa Malaysia! Namun, anda tetap boleh menulis dalam Bahasa Malaysia!!
Selain itu, setiap tulisan di dalam blog boleh diberi komen oleh para pembaca @ pelawat blog berkenaan. Ciri ini bagaimanapun bergantung kepada kemahuan pemilik blog tersebut samada mahu diadakan atau tidak.
Blog juga biasanya mudah di index oleh enjin pencari @ enjin carian kerana ia sentiasa dikemaskini. Disebabkan ciri inilah blog begitu cepat menjadi popular terutamanya kepada internet marketer dan pemilik perniagaan internet. Ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan disebabkan mudah disenaraikan di enjin pencari.
Ada terdapat banyak laman web menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti blogger.com, wordpress.com, dan tblog.com.
Blog juga boleh dipasang di laman web. Untuk tujuan ini, anda perlu memasang perisian blog. Ketika ini, perisian WordPress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat.
Jika anda berminat untuk menggunakan perisian WordPress di laman web anda, anda boleh dapatkan sebuah ebook bertajuk “Panduan Asas Membina Blog WordPress”. Ebook ini menerangkan secara terperinci bagaimana hendak memasang perisian WordPress di laman web anda serta bagaimana anda boleh mendapat keuntungan daripadanya





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...